[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Agen Penipu - Harapan Dua Beranak Untuk Ke tanah Suci Berkecai

 Agen Penipu - Harapan Dua Beranak Untuk Ke tanah Suci Berkecai

Ada juga orang yang mengambil kesempatan walaupun dalam bulan yang mulia ini. Orang sibuk untuk menunaikan suruhan agama dia pula sibuk melaksanakan hasutan syaitan.Hasrat dua beranak untuk menunaikan ibadah puasa 10 hari terakhir serta menyambut Aidilfitri di Mekah berkecai apabila kedua-dua mereka mendakwa menjadi mangsa penipuan ejen syarikat pengurusan umrah yang beroperasi di Wangsa Maju di sini.

Muhammad Bahauddin Arif Karkhi, 26, dan ibunya, Rohaiza Yaacob, 46, mendakwa, mereka hanya menyedari penipuan itu apabila
mendapati nama mereka tiada dalam senarai penumpang umrah penerbangan Saudi Arabian Airlines yang sepatutnya berlepas petang semalam.
Muhammad Bahauddin berkata, ejen terbabit memberitahu bahawa dia dan ibunya sepatutnya berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan umrah pada pukul 3 petang semalam.

Berhati-hati dengan pihak agen yang kononya menawarkan perkhidmatan itu dan ini.sudah banyak kes berlaku tentang penipuan. Jadi berwaspada berurusniaga dengan AGEN.Jangan suka mengambil langkah mudah untuk mendapatkan sesuatu. Cuba teliti terlebih dahulu.Jangan sampai pisang berbuah dua kali. Susah payah kumpul wang untuk nak menunaikan umrah akhirnya berkecai ditelan agen kejadah tu...

Sumber : Kosmo 

PR : kesian.. Moga allah memperkenankan niat baik dua beranak ni.. amin....

0 Reporter Meng'Gosip:

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner