[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Dara - Adakah Ukuran Bagi Kesucian Gadis

 Dara - Adakah Ukuran Bagi Kesucian Gadis

Bagi lelaki yang bujang di luar sana, pasti mereka inginkan gadis yang masih darah untuk menjadi teman hidup mereka. Walaupun mereka bukanlah sebaik mana tetapi sentiasa mengharapkan pasangan mereka yang terbaik dalam dunia ini. Tidak salah jika memilih begini namun dara sebenarnya bukan ukuran sebenar kesucian seorang gadis.

Banyak lagi yang perlu di nilai dalam diri seorang gadis itu sebelum daranya seperti perangainya, pergaulannya, dan ciri-ciri
lain untuk di jadikan calon menantu. Kadangkala, janda itu lebih baik servisnya dari dara yang masih mentah dan banyak lagi perlu belajar. Menyebut mengenai dara ini, banyak yang perlu di olah. Berikut adalah pertikan mengenai dara dan ukuran kesucian seorang gadis.

ISU selaput dara sebenarnya isu lama yang masih dipertikai dan dipersoalkan. Istilah anak dara digunakan untuk menjelaskan status kesucian seseorang wanita, yang belum pernah dinodai atau belum pernah melakukan persetubuhan. Sama juga dengan istilah anak teruna – gelaran ini dirujuk kepada lelaki baligh yang masih belum melakukan persetubuhan.

Situasi menjadi rumit apabila isi atau tisu yang menyelaputi pembukaan faraj digunakan sebagai asas kedaraan seseorang wanita. Ia tidak tepat sama sekali. Mungkin keterangan yang diberi akan dapat membuka minda mereka yang masih mempunyai anggapan kuno mengenai dara atau tidaknya seseorang wanita.
Jika wanita itu ada selaput dara dan ia tebal dan padat, kemungkinan terkoyak boleh berlaku jika benda panjang dan keras menembusi faraj. Jika zakar yang menembusinya maka wanita itu kehilangan status atau kedudukan daranya.

Jika benda lain yang mengoyakkannya maka wanita itu masih anak dara, kerana belum disetubuhi. Jika selaput dara itu tipis ia kemungkinan terkoyak ketika wanita itu melakukan aktiviti lasak. Dia masih anak dara lagi kerana belum bersetubuh.Jika wanita itu dilahirkan tanpa selaput dara, dia masih anak dara jika dia belum lagi bersetubuh. Jika wanita mempunyai selaput dara yang elastik dan selaput itu masih kekal walaupun telah bersetubuh, dia masih mempunyai selaput dara tapi dia bukan anak dara lagi kerana telah bersetubuh.

Jika wanita itu mempunyai selaput dara yang komplet atau menutupi pembukaan faraj dan doktor terpaksa membedah dan membuang selaput itu, dia masih anak dara walaupun selaput daranya telah dibedah dan dibuang, kerana dia belum melakukan persetubuhan. Sama dengan wanita yang memasukkan jarinya ke dalam permukaan faraj, kemungkinan selaput dara terkoyak boleh berlaku dan selaput dara telah tiada tetapi dia masih anak dara kerana belum bersetubuh.
Wanita yang mempunyai faraj yang sempit tidak semestinya anak dara, sama juga wanita yang mempunyai faraj yang luas, masih anak dara jika dia belum pernah melakukan persetubuhan.

Kredit : langkawit

Pelanduks : Kalau Mahu Cari Awek Yang Masih Dara, Pastikan Diri tu Teruna baru fair... :)

0 Reporter Meng'Gosip:

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner