Mulianya Hati Seorang Gadis
Melihat gambar ini membuatkan hati PR terharu,sayu,hiba gembira dan macam-macam lagi. Seorang wanita sangup berhujan hanya untuk membantu orang yang kurang upaya lebih-lebih lagi orang tua. Dalam dunia yang serba moden ini masih ada lagi orang yang seperti ini.Pernah PR berfikir ada berapa orang dalam dunia yang seperti ini?? Mungkin hanya 1 dalam beribu. Kebanyakan orang masa ini hanya mementingkan diri sendiri.Ibu ataupun bapa kandung sendiri tidak dihiraukan, mengambil berat tentang orang lain jauh sekali..
Gambar ini dirakam oleh seorang warga china warga China bernama Feng Nao yang menunjukkan perbuatan seorang gadis yang cantik dan berhati mulia ini.Menurut kenyataan kisah di dalam gambar ini: "Sebaik saja hujan lebat turun secara tiba-tiba, seorang lelaki tua yang kurang upaya tidak berdaya bergelut di dalam hujan lebat untuk menyelamatkan diri. Ketika itu seorang gadis cantik yang membawa payung bergegas berlari di dalam hujan lebat untuk memberi perlindungan dan menjaga orang tua kurang upaya itu.Walaupun payung itu tidak cukup untuk melindungi diri orang tua itu daripada dibasahi hujan lebat, namun gadis itu tetap berada di sisi lelaki tua itu di dalam kebasahan hujan ...dan ia menjadi adegan yang paling indah di dalam hujan lebat itu."
Seperti entry PR sebelum ini yang bertajuk Selagi Hayat Di Kandung Badan,PR ada menyebut tentang satu ayat "yang buruk tidak semestinya tidak cantik dan yang cantik tidak semestinya tak buruk".Ada orang melebelkan bahawa wanita yang cantik itu selalunya merbahaya kepada kaum lelaki atau lebih tepat lagi "Man Eater". Benarkah?? Oh Hell No~!! Kita tidak semestinya menilai seseorang itu dari luaran sahaja tetapi lihatlah dengan mata hati.Melihat wanita itu basah kuyup buat PR berfikir di manakah kaum lelaki gagah ini?? tak kan lelaki china sudah pupus?? mari tengok gambar di bawah.
Lelaki tu?? Lu Pikir Lah Sendiri..
Perbuatan gadis ini patut kita jadikan contoh dan teladan agar orang tua, orang kurang upaya serta orang yang lebih memerlukan terbela nasibnya. Walaupun sokongan serta bantuan yang kita berikan itu cumalah sedikit namun kuantiti pretolongan yang kita hulurkan bukan menjadi ukuran.. Yang penting ikhlas.. ok.. Ingatlah bahawa kita juga akan tua dan langit tidak selalu cerah. Suatu hari nanti pasti kita juga akan perlukan pertolongan walau sekaya dan sesempurna manapun hidup kita..PR : Sejuk Perut Ibu Mengandungkan Awek nie..
1 Reporter Meng'Gosip:
Salam;
satu dlm seribu insan seumpama gadis itu..bagus dijadikan bini utk lelaki yg baik sajalah..
Post a Comment