[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Hati-hati memilih Amah

Amah Datuk Larikan RM300,000 dan barang kemas Milik Datuk

Nasihat PR jangan terlalu percaya dengan Amah @ Pembantu rumah. Berhati-hati dan selalu mesti ada Plan B. Bak kata orang,sediakan payung sebelum hujan. Pembantu rumah di malaysia lebih kurang 90% adalah warga indonesia. Kebanyakan diantara mereka menyusup masuk di negara ini tanpa izin namun tidak dinafikan juga ada diantara mereka yang masuk ke negara ini melalui ejen pekerjaan. So, ibarat antara dua benua adalah sangat sukar untuk mencari jejak mereka bila amah endon ini melakukan jenayah walaupun menggunakan histats hehe gurau ej...

 Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk mendakwa kerugian
hampir RM300,000 apabila sejumlah barangan kemas dan wang tunai miliknya dilarikan seorang pembantu rumah warga Indonesia di Taman Mutiara Gombak 2 dekat sini pada Sabtu lalu.Kehilangan barangan kemas, wang tunai serta beberapa barangan berharga lain disedari oleh isteri ahli perniagaan itu pada pukul 8 malam hari kejadian.

Antara barangan yang didakwa hilang ialah jam tangan jenama Rolex, Omega, Salvatore Ferragamo dan wang tunai berjumlah RM7,500.Sejurus sebelum barang-barang berharga itu disedari hilang, pengawal keselamatan kediaman Datuk itu ternampak salah seorang amah di situ meninggalkan rumah majikannya dengan menaiki sebuah teksi selepas memberi alasan untuk membuang sampah.
Pembantu peribadi Datuk itu yang hanya mahu dikenali sebagai Zamri berkata, amah yang dikenali sebagai Rospita, 20-an baru dua bulan bekerja di situ.

Menurut Zamri, ahli perniagaan berusia 56 tahun itu mempunyai dua pembantu rumah warga Indonesia dengan Rospita ditugaskan untuk melakukan kerja-kerja seperti mengemas dan membersihkan rumah.Seorang lagi amah ditugaskan untuk memasak serta menjaga dua orang anak majikannya yang berumur dua dan empat tahun.

Dia dipercayai menyorok barang-barang yang hendak dilarikan di dalam baju yang dipakainy.

0 Reporter Meng'Gosip:

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner