PR Terkejut bila membaca tajuk akhbar mengatakan polis edar kad raya. Apakah tujuan sebenar di sebalik inisiatif ini?? Ingatkan edar kad raya jadi mcm distributor rupa² nya ini adalah satu tindakan bilak yang polis lakukan.. PR Sokong seribu persen...Buat pertama kalinya, Polis Kuala Lumpur mengambil inisiatif mengedarkan kad Raya yang mengandungi cara menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada polis sebagai langkah mencegah jenayah semasa perayaan Aidilfitri.
PR ambil gambar ini dari tenet untuk penyedap mata.. Bukan kad raya ini yang diedarkan oleh polis...
Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh
berkata, kad raya sedemikian memudahkan warga kota menghubungi polis mengenai rumah mereka apabila pulang ke kampung.
"Ia adalah idea Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh dalam usaha membantu mengawasi rumah warga kota semasa mereka pulang beraya ke kampung", katanya selepas melancarkan Kempen Pencegahan Jenayah Balik Kampung Perayaan Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat polis Kontinjen Kuala Lumpur, di Bazar Ramadan Taman Tasik Permaisuri, Cheras.
Beliau berkata kad raya itu, yang diedarkan di bazar Ramadan di sekitar ibu kota mulai hari ini mengandungi nombor hotline Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur iaitu 03-21159999 serta nombor hotline daerah-daerah di sekitar Kuala Lumpur termasuk Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi 03-26977099, IPD Cheras 03-90840083 dan IPD Sentul 03-62562325. -Bernama
PR : Satu idea yang baik.. Jumpa lanun darat time balik kampung masa raya ni boleh hubungi balai polis yang berhampiran..i like...
2 Reporter Meng'Gosip:
klasik n kreatif :)
wow..bagus..
Post a Comment