[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Membaling Botol Dan Mercun Di Tengah Padang - Kelantan Didenda

Membaling Botol Dan Mercun Di Tengah Padang - Kelantan Didenda

Penyokong Punya angkara Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tanggung masalah.Gara-gara tindakan Penyokong  Fanatik bola sepak kelantan KAFA membaling mercun dan botol ke tengah padang, KAFA terpaksa membayar denda terkumpul hampir RM300,000 untuk rekod, sepanjang 2009-2010, kepada FAM di atas kenakalan segelintir penyokongnya. Bagi PR RM300,000 itu bukan satu jumlah yang sedikit. Adalah lebih bermanafaat RM300,000 itu digunakan untuk menyelengara masjid, ataupun dijadikan subsidi kerajaan kepada rakyat menjelang Aidilfitri ini.

Apakan daya nasi sudah menjadi bubur.Denda tetap denda
Berikut merupakan Keratan asal akhbar yang PR Ambil dari berita kosmo..

DENDA lagi. Apalah dengan nasib Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang sekali lagi bakal berdepan hukuman denda.Semuanya gara-gara sikap segelintir penyokongnya yang membaling botol dan mercun ke dalam padang pada perlawanan akhir Piala FA menentang Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Jun lalu.

Perkara tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika dihubungi Kosmo! di Kota Bharu, semalam.“Dua hari lalu, KAFA telah menerima surat pertuduhan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) atas dua kesalahan pada perlawanan tersebut.“Kesalahan pertama ialah melontar mercun ke dalam padang sehingga menyebabkan perlawanan terpaksa dihentikan dan ini merupakan satu kesalahan yang serius.

“Kesalahan kedua ialah membaling mercun dan botol ketika Kelantan memperoleh jaringan menerusi Nurul Azuwan Roya pada minit ke-79. Ini juga merupakan satu kesalahan yang membolehkan KAFA didenda," katanya.Tambahnya, setiap kesalahan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM10,000 dan kedua-dua kesalahan yang dilakukan oleh segelintir penyokong Kelantan yang nakal itu menyebabkan pasukan bakal didenda RM20,000.Pada perlawanan akhir itu, Terengganu berjaya bangkit untuk menumbangkan Kelantan 2-1 menerusi jaringan sendiri pertahanan Kelantan, Daudsu Jamaluddin yang tertanduk bola ke gawang sendiri pada minit-minit terakhir perlawanan serta Ahmad Nordin Alias pada minit ke-109 masa tambahan.

Rosmadi memberitahu, walaupun jumlah denda itu dilihat agak kecil, namun bagi KAFA ia merupakan satu nilai yang besar.Katanya, dengan jumlah tersebut KAFA mungkin dapat menggunakan wang tersebut untuk tujuan pembangunan di peringkat akar umbi mahupun memantapkan lagi pasukan."Sehubungan dengan itu, saya merayu kepada semua penyokong supaya tidak mengulangi kesilapan ini dalam saingan Piala Malaysia yang akan bermula 6 September ini. Kerja membakar mercun dalam stadium bukanlah perkara yang baik kerana ia akan membahayakan orang lain yang berada di dalamnya.

"Saya harap pemain dapat mengambil iktibar dengan apa yang telah berlaku kepada pasukan Kelantan sebelum ini dan janganlah kita membiarkan perkara tersebut berulang kembali dengan kata lain adakah kita mahu pisang berbuah dua kali," ujarnya.Untuk rekod, sepanjang 2009-2010, Kelantan telah membayar denda kepada FAM hampir RM300,000 di atas kenakalan segelintir penyokongnya.

PR : kalau main bola kena pakai baju kalis peluru pula


0 Reporter Meng'Gosip:

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner