[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Klip Video Lady Gaga Cetus Kontroversi

Klip Video Lady Gaga Cetus Kontroversi
Siapa yang tidak kenal dengan Lady Gaga?? Penyanyi Pop Amerika Syarikat yang top dengan lagu tema bolasepak piala dunia "Waka-Waka". Lady Gaga adalah seorang penyanyi yang bertubuh seksi yang menjadi kegilaan para remaja di seluruh dunia tidak kira lelaki mahupun wanita. Dunia popular tidak lari daripada gosip mahupun kontroversi.Memang sudah lumrahnya begitu.Lady Gaga terus menimbulkan kontroversi apabila
berlakon sebagai pelacur yang berubah watak kepada Mary Magdalene dalam klip video terbarunya, Judas, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita berusia 24 tahun tersebut muncul dalam klip video berdurasi tujuh minit itu lengkap berpakaian seperti Mary Magdalene versi moden sambil menunggang motosikal.Mengikut kepercayaan Kristian, Mary Magdalene merupakan wanita yang dapat melihat Nabi Isa selepas kematiannya.Klip video itu melibatkan kos produksi keseluruhan sebanyak AS$9.8 juta (RM29.4 juta).(Wah banyak tu)

Selain klip video tersebut yang menerima banyak cemuhan, lirik Judas juga difahamkan menyebabkan timbulnya sikap kurang senang dalam kalangan beberapa pertubuhan agama di AS termasuk Persatuan Katholik dan Hak Sivil.Lady Gaga bagaimanapun mempertahankan klip video tersebut dengan mengatakan bahawa dia tidak melihat Judas sebagai lagu dalam konteks keagamaan."Ia adalah metafora dan bukan bertujuan memberi pengajaran tentang kitab Injil," jelas Lady Gaga tentang kontroversi klip video yang diarah oleh Laurieann Gibson itu kepada laman E! baru-baru ini.

Awal Mac lalu, Lady Gaga atau nama sebenarnya Stefani Germanotta mengejutkan peminat apabila berlakon sebagai ibu yang melahirkan makhluk asing dalam klip videonya, Born This Way..

PR : Di malaysia pun ada lady gaga juga.. nama timangnya Lady Gagap~!! toink²..

0 Reporter Meng'Gosip:

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner