Tiga Pemain Bola Sepak Negara Jadi Buruan Kelab Eropah
Siapa kata pemain bolasepak malaysia tidak mampu mengukir nama di Eropah?? Malaysia juga mampu melahirkan pemain bertaraf dunia sepertimana korea,Jepun,dan beberapa negara asia yang lain.Buktinya, seramai tiga orang pemain muda malaysia menjadi buruan kelab
di eropah. Kita hanya perlu ada keyakinan diri dan keberanian untuk bersaing.
Sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce, mengintai tiga orang pemain bolasepak malaysia iaitu Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas.Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.
Walaupun liga Slovakia ini kurang perstij jika dibandingkan dengan Liga England namun ia tetap mempunyai kualiti yang baik.Kata orang, perlahan-lahan mengayuh. Biar pemain muda ini membuktikan kemampuan mereka terlebih dahulu di kelab Slovakia ini sebelum melangkah ke kelab yang lebih berpristej.Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.
Go malaysia. Tidak mustahil pemain malaysia akan mampu bersaing di peringkat dunia.Siapa tahu suatu hari nanti malaysia mampu menjadi skuad bolasepak yang disegani setanding Brazil,England,France,Italy Argentina dan banyak lagi.
PR : Bukan Lagi Rahsia.. Malaysia Tetap Mempunyai Taring. Tidak hanya pada nama sahaja "Harimau Malaya"
1 Reporter Meng'Gosip:
Salam;
sebenarnya malaysia boleh..yg penting keyakinan dan jgn terlampau rendah diri.
Post a Comment