[PR] Pelanduks Reporter

[PR] Pelanduks Reporter

Bumi huru-hara 2013 kerana matahari

SubahanAllah.. PR tidak terkata bila membaca berita kosmo ini.  Bumi huru-hara 2013 kerana matahari?? Walaupun semua ini Allah yang akan tentukan namun tidak salah kita berkongsi informasi serta berpesan-pesan.. betul kan..Ini semua cuma kajian semata-mata, So jangan terpengaruh sangat.. Tiada siapa yang dapat menentukan tarikh bilakah matahari ini akan menghuru-harakan dunia.Ini hanyalah kajian takut kalau korang percaya sgt sampai boleh merosakan akidah kita plak.. Allah Maha Besar!!

Aktiviti nyalaan api yang
meluap-luap di matahari akan mencetuskan huru-hara di seluruh dunia pada tahun 2013, lapor sebuah akhbar semalam.Nyalaan api yang meluap-luap itu dijangka memutuskan bekalan elektrik dan komunikasi satelit selain menjejaskan penerbangan, perkhidmatan kewangan dan komunikasi radio di Bumi melibatkan tempoh sehingga beberapa bulan.

Maklumat itu didedahkan oleh Setiausaha Pertahanan Britain, Dr. Liam Fox semasa dia menyampaikan ucapan pada persidangan kelemahan grid elektrik di seluruh dunia di sini pada Ahad lepas.Sebelum ini, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat (NASA) memberi amaran nyalaan besar matahari itu akan menghasilkan tahap radiasi yang tinggi sehingga menyebabkan berlakunya ribut magnetik di Bumi sekali gus bakal memusnahkan teknologi manusia.

Nyalaan besar matahari membentuk lingkaran-lingkaran api dengan kuasa letupan 100 bom hidrogen yang boleh mencetuskan kemusnahan ekonomi 20 kali ganda lebih teruk berbanding Taufan Katrina yang melanda negeri Lousiana di Amerika Syarikat (AS) pada 2005. - Agensi

Sumber : Kosmo


PR : Allahuakbar...

9 Reporter Meng'Gosip:

yusuflaili(Goku) said...

Salam;
kuasa tuhan mengatasi segala galanya..hanya Allah tentukan setiap kejadian dimuka bumi ini..

Mama Un-A-nas said...

Allah mengaturkan segalanya..berdoa mudah-mudahan segalanya dipermudahkan untuk kita lalui nya

[PR] Pelanduks Reporter said...

yusuf Laili : PR sokong.. Only God Know...

haNem: Amin...

♥ Nana BamBam ♥ said...

subhanaAllah, Allah menentukan segala-galanya, biar dia saja yg tentukan..kita perlu berdoa agar bumi kita ini sentiasa selamat..aminn

[PR] Pelanduks Reporter said...

~Nana : PR sokong nana.. Semuanya sudah ditentukan..

plain jane said...

wallahualam...kita tengok le nanti betol ke tidak

[PR] Pelanduks Reporter said...

plain jane : wallahualam jane.. kite tungu je jane

syafiqa said...

Allah maha besar.
nak percaya tak boleh.tp kena berjaga
jugalah.Allah menentukan segalannya

[PR] Pelanduks Reporter said...

syafiqakarim : Tu yg PR maksudkan xbolehpercaya sangat. PR sokong syariqakarim.. :)

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Support PR


ShoutMix chat widget

Pelawat Hari Ini

Easy Backlink,Free Instant Backlink

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner